Hubungi saya:

AZREEN MOHD NASIR
H/P : 019-2237048
Fax: 03-4142 4926
EMAIL : azreen.m.nasir@gmail.com

Wednesday, February 25, 2009

Upah Haji / Umrah Bagi Musim Haji 2009 / 1430H

contoh sijil upah / badal haji / upah umrah dari Makkah


UPAH HAJI / BADAL HAJI RM1500.00 (termasuk satu ibadah haji,satu ibadah umrah,sijil dan hadiah iringan seperti air zam-zam / sejadah / kopiah / telekung /tasbih / kurma / dll)

UPAH UMRAH RM 400.00 (satu ibadah umrah & sijil)

Upah Haji dan Haji Badal
Erti Upah Haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan Haji dirinya sendiri, untuk melakukan Haji untuk orang lain pula. Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci. Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal. “Badal” bermakna “ganti” atau “alternatif”.Untuk memahami hukum dan perlaksanaan Haji Badal, kita terlebih dahulu harus mengetahui hukum asal Haji dan Umrah bagi orang yang masih hidup.

Hukum Haji dan Umrah
Erti Haji ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) dalam Bulan-bulan Haji kerana mengerjakan Tawaf, Saie, Wuquf dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.
Erti Umrah ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) pada bila-bila masa kerana mengerjakan Tawaf, Saie dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.

Hukum Haji dan Umrah
Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja dalam seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (atau berkuasa) samada lelaki atau perempuan.

Firman Allah swt, “Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah : 196). Firman Allah swt, “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu pergi ke sana” (Ali Imran : 97).Erti berkemampuan ialah :
(i) berkuasa dengan sendiri, atau
(ii) berkuasa dengan pertolongan orang lain.
Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci. Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah:
(i) Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci.
(ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan Haji. Dalam hal ini terhutanglah fardhu Hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji.

Hukum Haji Badal
Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur. Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).

Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

Pahala Haji Badal
Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.
Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).

Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan Haji, Umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji dan Umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir).

Haji Badal bagi orang yang masih hidup Dari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah saw lalu datang seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua. Jika aku mengangkatnya secara tanggung, dia tidak boleh memegang kuat. Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia”. Sabda Rasulullah saw, “Jika ibumu berhutang dengan seseorang, tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”. Dia berkata, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihak ibumu”. Dari dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan Haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.

Datang seorang lelaki dari kaum Khath’am kepada Rasulullah saw bertanya tentang ayahnya yang tidak berkuasa mengerjakan Haji, “Adakah diterima Allah jika aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”. Sabda Rasulullah saw, “Adakah kamu anak sulungnya?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Rasulullah saw, “Tidakkah engkau melihat jika ayahmu berhutang, adakah engkau akan melunaskan hutang tersebut?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihaknya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dengan penambahan “Ayahku tidak larat menunggang tunggangan sedang Haji diwajibkan ke atasnya. Adakah boleh aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”).
Dari hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan Haji ke atas orang yang tidak berkuasa jika sekiranya dia berkemampuan di segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan Haji tersebut bagi pihaknya.

Pahala anak yang mengerjakan Haji untuk kedua orang tuanya.
Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”.

Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.

Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.

Seseorang tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain jika dia sendiri belum mengerjakan Haji untuk dirinya. Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw mendengar seorang lelaki bertalbiyah sambil berniat mengerjakan Haji untuk Syubrumah lalu bersabda, “Siapa dia Syubrumah?”. Lelaki itu menjawab, “Saudaraku”. Nabi saw bertanya, “Adakah engkau telah mengerjakan Haji untuk diri sendiri?”. Dia menjawab, “Belum”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakan Haji untuk dirimu sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah kerjakan Haji untuk Syubrumah”. (Hadis diriwayatkan oleh Ad-Darqutny dan Ibnu Majah).

Hadis ini menjadi dalil mazhab Syafie bahawa seseorang itu tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain selagimana dia belum mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri.

Kesimpulan
Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.

Rujukan
1.Al-Qira li Qasid Ummi Qura oleh Al-Hafiz Abi Al-Abbas Ahmad bin Abdullah Muhibuddin At-Tabary (615 – 694H) m/s 80 – 88.
2.Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah oleh Lembaga Tabung Haji cetakan 2003

MENUNAIKAN HAJI BAGI PIHAK ORANG LAIN
SABDA RASULULLAH SAW:
Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa seorang sahabiah (wanita Islam yang melihat Rasulullah SAW) sekali berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah SAW,kewajipan haji telah tiba masanya sekarang ketika bapaku sangat tua dan lemah. Dia tidak dapat duduk di atas unta (atau kuda), bolehkah saya terus menunaikan haji bagi pihaknya?” Rasulullah SAW menjawab “Ya, kamu boleh teruskan”. –Peristiwa ini terjadi ketika Haji Wada’)

Seorang sahabat yang lin juga datang dengan permintaan yang sama, “Ya Rasulullah SAW,saudara perempuanku telah bersumpah untuk menunaikan haji,sekarang dia telah meninggal dunia, apa yang patut kami lakukan?” Rasulullah SAW menjawab, “Di kala dia meninggal dunia sedangkan dia sedang berhutang dengan seseorang akan sesuatu, bolehkah kamu menyelesaikan hutang tersebut?” Orang itu menjawab, “Ya sudah tentu”.Rasulullah SAW bersabda, “Ini adalah hutang kepada Allah, selesaikanlah baginya”. (Misykat)

Pada ketika yang lain, seorang sahabat datang menemui Rasulullah SAW dengan berkata.”Bapaku telah tersangat tua, dia tidak boleh mengerjakan haji atau umrah juga tidak boleh berjalan-jalan(musafir).” Rasulullah SAW bersabda, “Dalam hal ini,lakukan haji dan umrah bagi pihaknya.” (Misykat)

Dalam sebuah hadith yang serupa, Rasulullah SAW menjawab terhadap soalan begini dengan bersabda, “Jikalau bapamu di dalam hutang dan kamu membayar hutang tersebut, bolehkah dikatakan ia telah dilunaskan?” Dia menjawab. “Ya, ia akan terlunas (bebas daripada hutang).” Rasulullah SAW bersabda, “Allah sangat Pengasih. (Mengapa Allah tidak boleh menerimanya). Lakukan haji bagi pihak bapamu.” (Kanz)

Kanzul Ummal menyebut sebuah hadith yang menyatakan, “Barangsiapa menunaikan haji bagi pihak kedua ibubapanya setelah mereka meninggal dunia,dia akan terselamat daripada api neraka, sedangkan kedua ibubapa itu, ganjaran yang sepenuhnya akan diberikan. Ganjaran bagi orang yang melakukan tidak akan dikurangkan, dan tidak ada seorang pun yang boleh melakukan sesuatu lebih baik untuk keluarganya yang paling dekat daripada menunaikan haji bagi pihak mereka dan menghantarkan ganjaran itu kepada mereka yang berada di dalam kubur.”

Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah SAW, bila ibubapaku masih hidup,aku melayaninya dengan baik, sekarang mereka telah meninggal dunia,aku ingin menjaga mereka sebagaimana sebelumna, bagaimana aku harus melakukannya?” Rasulullah SAW menjawab, “Bila kamu melakukan solat,lakukan solat untuk mereka sama dan kirimkan pahalanya kepada mereka dan bila kamu berpuasa, puasalah untuk mereka juga.”

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah SAW, bila kami memberi sedekah bagi piihak si mati atau menunaikan haji dan berdoa untuk keampunan mereka, adakah faedah-faedah daripada amalan-amalan ini sapai kepada mereka?” Rasulullah SAW menjawab, “Sesungguhnya sampai kepada mereka dan mereka menjadi sangat gembira dengannya seakan-akan seorang telah memberikan hadiah kepada mereka di dalam dulang.” (Manasik Qari)

Perhatian:
Terdapat dua cara di mana haji itu dapat dilakukan bagi pihak seseorang itu. Pertama Haji Nafil, Umrah Nafil atau Tawaf Nafil bagi pihak sesiapa sahaja. Kedua, ialah Haji yang dilakukannya menjadi wajib bagi pihak orang itu, di sini pula ada beberapa syarat. Adalah lebih baik perkara ini dirujuk / ditanya kepada ulama’ /orang yang lebih alim bila dikehendaki.

TIGA ORANG MASUK SYURGA MELALUI SATU HAJI

Jabir RA meriwayatkan, “Sesungguhnya Allah menyebabkan tiga orang masuk syurga melalui satu haji, orang yang telah meninggal (ke atasnya haji itu dilakukan), orang haji itu sendiri yang melakukannya dan dia (iaitu waris atau orang lain) yang membolehkan haji itu terlaksana (dengan bantuan kewangan).

Ibn Muwaffaq RA berkata, “Aku telah menunaikan haji beberapa kali bagi pihak Rasulullah SAW, suatu ketika Rasulullah SAW muncul di dalam mimpinya dan bersabda, “Wahai Ibn Muwaffaq, adakah kamu menunaikan haji bagi pihakku?” Aku menjawab, “Ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bertanya, “Dan adakah kamu menyebut Labbaik bagi pihakku?” Aku menjawab, “Ya Rasulullah SAW”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat aku akan membayar kepadamu semula dengan sepenuhnya. Pada hari itu aku akan menyambut tanganmu dan membawamu ke dalam syurga sedangkan yang lainnya akan terus dihitung dan dihisab.” (Ithaaf)

Rasulullah SAW juga diberitakan telah bersabda, “Satu haji yang dilakukan bagi pihak orang lain menyebabkan empat orang menerima ganjarannya, seorang yang berwasiat supaya dilakukan bagi pihaknya, dia yang menulis perjanjian itu, dia yang membelanjakan kewangannya untuk haji dan dia yang melakukan haji itu.” (Kanz)

Di dalam hal mengenai Haji Badal, adalah mustahak bahawa niat melakukan haji bagi pihak orang lain hendaklah ikhlas. Haji itu janganlah mempunyai lain-lain tujuan daripada perlakuan haji itu bagi pihak seorang lain dan menolong saudara Islamnya. Jika ada niat lain yang mencelah di dalam fikiran, msalnya untuk mendapatkan keuntungan kewangan atau lain-lain faedah keduniaan, orang yang mengupah agar melakukan haji untuknya akan pasti mendapat pahalanya, tetapi orang yang menunaikannya dinafikan daripada rahmat yang besar.

Imam Ghazali Rahmatullah Alaihi menulis bahawa barangsiapa melakukan haji untuk mendapatkan sejumlah wang, sebenarnya menjual agamanya ( Deen) kerana hendak mendapatkan keuntungan dunia. Atas alasan inilah seseorang itu janganlah menjadikan sebagai satu pekerjaan khas, kerana dalam berusaha ke atas Deen (kegiatan agama) selalunya Allah mengurniakan kepada kita harta dan juga kuasa. Tetapi dengan menjual agama, harta kita tidak akan bertambah. Sesungguhnya Allah tidak menganugerahkan kepada kita Deen sebagai balasan daripada kegiatan dan keuntungan keduniaan

CARA MEMOHON DAN PEMBAYARAN:
1) Dapatkan borang Upah Haji dari wakil anda dan lengkapkan borang tersebut atau "click pada borang upah Haji / Umrah
2) Borang hendaklah dikembalikan kepada wakil kami seperti yang tertera.
3) Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya semasa lafaz akad
4) Sekiranya penyerahan wang dalam bentuk cek, lafaz akad akan dilakukan selepas cek ditunaikan.
5) Bayaran UPAH HAJI untuk seorang adalah RM 1,500.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus Sahaja). Bayaran ini meliputi satu upah HAJI dan satu upah UMRAH. Resit bayaran akan diberi.
6) Sedikit daripada wang tersebut akan di salurkan untuk pembinaan Madrasah agar impaknya (pemberiannya) itu berpanjangan dan berterusan pahalanya kepada si mati.
7)Urusan akad boleh dilakukan melalui telefon sahaja
Borang Upah Haji/Umrah (sila klik dan cetak)

Kepada waris-waris yang berminat untuk mendapatkan borang upah haji sila hubungi Azreen di talian 0192237048, atau email azreen.m.nasir@gmail.com atau fax 03-41424926

SENARAI MEREKA YG TELAH UPAH/BADAL HAJI & UMRAH MELALUI KAMI PADA TAHUN 2008M /1429H:




semoga kita sama-sama mendapat ganjaran pahala dan kebaikan daripada ibadah ini,juga dapat membantu mereka yang tidak dapat menunaikan ibadah ini kerana uzur yang boleh memudaratkan jika mereka ke tanah suci, atau untuk mereka yang tersayang yang telah pulang ke rahmatullah,semoga roh mereka berada di kalangan orang2 yang solihin...amin...

PAKEJ UMRAH HARMONY DISEMBER 2009

PAKEJ UMRAH MUSIM DINGIN DISEMBER 2009

PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES SYSTEM (MAS) KUL-JED,JED-KUL
TARIKH BERLEPAS: 16 DEC 2009 (JAM 3.20 PTG)
TARIKH PULANG: 28 DEC 2009 (JAM 9.00 MLM WAKTU JEDDAH)
TIBA DI MALAYSIA:29 DEC 2009 (JAM 1.00 TGH HARI)
TEMPOH : 14 HARI 12 MALAM
VISA : ZIARAH
HARGA RM 6400.00 SEORANG (UTK 4-6 ORANG SEBILIK)

HOTEL DI MEKAH: DAR AL GAZZA (100M DARI / KE MASJID HARAM)
HOTEL DI MADINAH: AL SHOURFAH / DURRAT AL FAYROZ (50-100M DARI / KE MASJID NABI)

Tentatif Umrah Disember 2009

*UTK MAKLUMAT TAMBAHAN HBGI AZREEN 019-223 7048