Hubungi saya:

AZREEN MOHD NASIR
H/P : 019-2237048
Fax: 03-4142 4926
EMAIL : azreen.m.nasir@gmail.com

Thursday, October 29, 2009

WAKAF PERIGI / TELAGA

gambar hiasan

Salam kepada semua,saya ingin berkongsi ilmu dan maklumat tentang amal jariah yang jarang orang tahu tetapi besar fadhilat dan ganjarannya di sisi ALLAH S.W.T iaitu "WAKAF PERIGI / TELAGA" sebagai sumber air untuk kegunaan ramai. Terutamanya di kwsn yg sukar utk memperolehi sumber air,maka dgn adanya perigi / telaga ini,masyarakat setempat dpt menggunakannya utk beribadah,kegunaan harian,makan,minum, utk ternakan,tanaman dan sebagainya,bygkan selama mana air itu ada,selagi itu ganjaran pahala dihitung ALLAH tanpa putus,maka berkekalan walau seseorang itu telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh,insyaAllah kekal ke hari akhirat sebagai bekalan.

Peta Negara Kemboja / Cambodia

apa kaitan negara Kemboja dgn tajuk yg saya post ni?Buat pengetahuan semua,syarikat tmpat saya bekerja melancarkan program korban aqiqah di kemboja..dan mengapa dibuat disana?kerana pada kami mereka benar2 memerlukan, Hj Hashim tuan sy telah melawat beberapa kampung di sana sebelum Ramadhan 1430 lepas,majoriti umat Islam di sana hidup melarat, susah,miskin,kurang kemudahan asas seperti air, elektrik, makan, minum.Untuk merasai daging lembu kambing,memang Hari Raya AidilAdha paling dinantikan,sungguh sedih melihat keadaan rumah tmpat mereka berteduh,pondok2,madrasah,surau2 dan masjid,memang ramai rakyat Malaysia yg menghantar derma,wakaf ke sana,tetapi mereka masih memerlukan.Mereka tidak malas,tetapi mereka tiada modal,semua barang MAHAL, dalam USD kebanyakan barangan,umat Islam tertindas.Bygkan bagaimana anak2 mereka belajar?sukar bagi Ulama2,tuan2 guru nak sebarkan Islam di sana,namun semangat mereka dgn keimanan yg jitu,mereka dpt harungi semua ini dan Allah buka hati ramai Muslim utk membantu mereka di sana.

FADHILAT / KELEBIHAN MENGGALI TELAGA ATAU MENYEDIAKAN SUMBER AIR SEBAGAI AMAL KEBAJIKAN
1. Daripada Anas Bin Malik, bahawa dia pernah berjumpa Rasulullah S.A.W lalu bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia dan dia tidak berpesan (buat amal jariah untuknya). Adakah sampai pahala kepadanya jika saya bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab “Ya, hendaklah kamu sedekah melalui sumber air”. (Hadith Anas Riwayat Tabarani)

2. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sedekah yang lebih besar ganjaran pahala melebihi air”.
(Hadith Abu Hurairah Riwayat Baihaqi)

3. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bahawa daripada amal dan kebajikan yang akan mengikuti seseorang muslim itu selepas kematiannya ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, Al-Quran yang dia wakafkan, masjid yang dia telah bina, rumah sabil (rumah tumpangan) yang dia telah bina, tali air yang dia telah alirkan, sesuatu sedekah yang telah dihulurkan semasa sihat daripada hartanya semasa hidup.
(Hadith Abu Hurairah Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah)

4. Daripada Anas Bin Malik seperti hadith dari Abu Hurairah kecuali riwayatnya berbunyi , tujuh perkara akan berterusan pahala kepada hamba Allah walhal dia sudah berada di alam kubur ialah seorang yang telah mengajar ilmunya atau membina tali air atau menggali telaga atau menanam pokok (kurma) atau membina masjid atau mewakafkan Al-Quran atau meninggalkan anak yang soleh yang beristighfar untuknya selepas mati.
(Hadith Anas Riwayat Bazzar)

5. Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” . Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)

6. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda “Sesiapa telah menggali telaga, tidak meminum airnya oleh yang bernyawa samada manusia atau jin atau burung melainkan Allah mengganjari pahala baginya di hari qiamat.
(Hadith Jabir Riwayat Ibnu Hibban)

7. Daripada Ali bin Hasan bin Syaqiq, katanya saya mendengar daripada Ibnu Al Mubarak, iaitu setelah seorang bertanya kepadanya, “Wahai Abu Abdul Rahman (nama timangan Ibnu Al Mubarak), bisul keluar daripada lututku, semenjak tujuh tahun puas saya berubat dengan pelbagai rawatan, ramai tabib yang telah saya minta nasihat tapi semua tidak berkesan”, maka Ibnu Al Mubarak menjawab “Pergilah dan carilah suatu tempat yang orang ramai perlukan air, disana galilah telaga. Sesungguhnya saya berharap air yang terbit di sana akan menghentikan darah daripada bisulmu”. Maka lelaki itu telah lakukan apa yang dinasihatkan lalu sembuhlah ia.
(Hikayat Ali Bin Hasan dalam Kitab Matjar Rabib Al-Dimayahi)

CARA UNTUK MEWAKAFKAN PERIGI / TELAGA:
TIADA BAYARAN YANG KHUSUS DIPERLUKAN UNTUK TUJUAN DI ATAS, NAMUN SAYA TELAH DIBERITAHU KOS UNTUK MEMBINA SEBUAH PERIGI SEHINGGA DAPAT DIGUNAKAN IALAH SEBANYAK RM700 (TUJUH RATUS SAHAJA),NAMUN KITA BOLEH WAKAFKAN BERAPA SAHAJA YG KITA MAHU SEIKHLAS HATI,JIKA TIDAK MENCUKUPI,MAKA SATU PERIGI ITU DIKONGSI RAMAI KOSNYA SUPAYA RAMAI2 MEMPEROLEHI GANJARAN PAHAL DI SISI ALLAH,ITU TUJUAN KAMI SEBENARNYA. UNTUK TUJUAN DI ATAS,ANDA BOLEH BERJUMPA DGN HJ HASHIM ATAU SAYA MENYERAHKAN WANG UTK TUJUAN WAKAF PERIGI ATAU MEMASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN:

MAYBANK HARMONY EXCELLENCE 5645 5711 8138

JANGAN LUPA UNTUK MAKLUMKAN KEPADA SAYA 019-223 7048 ATAU HJ HASHIM 019-241 2120 SETELAH ANDA MEMASUKKAN WANG ANDA KE DALAM AKAUN.

Kami telah bertanya kepada beberapa alim,ulama,tuan guru,ustaz,niatlah utk wakafkan perigi tersebut kerana Allah, juga boleh niat untuk sembuhkan penyakit yang sukar disembuh, untuk mendapatkan sesuatu hajat yg besar,yang amat2 dikehendaki,semuanya terserah kepada ALLAH jua hendaknya..insyaALLAH dimakbulkan.

Wednesday, October 28, 2009

KORBAN AQIQAH DI KEMBOJA









borang Korban & Aqiqah (sila click dan print)

KORBAN AQIQAH DI KEMBOJA

SAYA INGIN MENGAJAK SEMUA UNTUK SAMA-SAMA KITA MENYERTAI PROGRAM KORBAN & AQIQAH DI NEGARA KEMBOJA. MENGAPA SAYA BUAT DI KEMBOJA? TUAN SAYA TELAH PERGI MELIHAT DENGAN MATA DAN KEPALA SENDIRI BAGAIMANA KEHIDUPAN MASYARAKAT ISLAM DI SANA.GOLONGAN MUSLIM ADALAH MINORITI DI NEGARA TERSEBUT,DAN MAJORITI MUSLIM DI SANA HIDUP DAIF,MISKIN,MELARAT,SERBA KEKURANGAN DARI SEGI KEPERLUAN ASAS SEPERTI MAKANAN,SUMBER AIR BERSIH,PENDIDIKAN,SOSIO-EKONOMI DAN SEBAGAINYA. TUAN SAYA TELAH KENAL PASTI SIAPA YANG PATUT BERURUSAN,MASJID MANA DAN KAMPUNG MANA YANG SEPATUTNYA DAPAT BANTUAN.

SAYA TIDAK SANGKA MASIH ADA ORANG YANG HIDUP DALAM KEADAAN BEGINI,AIR BERSIH TERPAKSA BERJALAN JAUH KE DALAM BUKIT ATAU AMBIL SAJA DARI SUNGAI,PERIGI JUGA ADA DIBINA DARI HASIL WAKAF,NAMUN JUMALH PERIGI ADALAH KURANG BERBANDING JUMLAH PENDUDUK DI SATU2 KAMPUNG,JANGAN KATAKAN DAGING,AYAM,HATTA BERAS JUGA MAHAL UNTUK DIBELI,EKONOMI DIKAWAL OLEH KOMUNIS DAN BUDHA,UMAT ISLAM DI SANA MELARAT.

JADI SAYA MENGAJAK UNTUK KITA BERIBADAH SAMBIL MEMBANTU MEREKA,DEMI MEMBANTU MENYEBARKAN SYIAR ISLAM,DEMI UMAT ISLAM,WALAU SEDIKIT,ALLAH AKAN KIRA SEMUA ITU DI AKHIRAT KELAK,DI MALAYSIA JUGA BOLEH MENUNAIKAN IBADAH KORBAN AQIQAH,NAMUN DI NEGARA KITA ALHAMDULILLAH,ORANG MISKIN DICARI,DIBELA,TIADA YANG MELARAT SEPERTI MEREKA. KADANG2 DAGING KORBAN BERLEBIHAN DAN DIBIARKAN BUSUK DI PINTU PAGAR KWSN TAMAN2 PERUMAHAN,INI DISAKSIKAN SENDIRI OLEH SAYA SETIAP TAHUN.


KORBAN / AQIQAH SATU BAHAGIAN LEMBU HANYA RM250 SAHAJA
KORBAN / AQIQAH SEEKOR KAMBING HANYA RM450 SAHAJA

*TERMASUK KOS PENGURUSAN,MASAK DAN LAIN-LAIN
*SIJIL DISEDIAKAN BAGI PESERTA PROGRAM INI

JADI,SUMBANGLAH PADA MEREKA YANG BENAR2 MEMERLUKAN,CLICK BORANG,ISI BORANG,FAX BORANG DAN SLIP MASUK DUIT/CEK KE PEJABAT SAYA
HBGI SAYA 019-2237 048
AKAUN MAYBANK ANH GEMILANG 5648 1000 4138
FAX: 03-4142 4926

Anda boleh lawati www.aqiqahkorbankemboja.com dan boleh mengisi borang secara online serta memasukkan wang melalui akaun syarikat Harmony Excellence (Consultancy & Services)

PAKEJ UMRAH HARMONY 2010


Jadual Penerbangan

Tentatif Melalui PIA
Tentatif Melalui Gulf Air
Tentatif Melalui Mas/Saudi
BERIKUT ADALAH JADUAL PENERBANGAN UMRAH DAN TENTATIF SECARA UMUM SEPANJANG TAHUN 2010.SEGALANYA TERTAKHLUK KEPADA PERUBAHAN,HBGI AZREEN 019-223 7048 UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT

KEISTIMEWAAN PAKEJ UMRAH INI:
1.Harga berpatutan
2.Perlindungan insuran Takaful Malaysia Sdn Bhd
3.Kursus Umrah di Madinah
4.Mutawwif yang berpengalaman di Makkah dan Madinah
5.Hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram (200-250m),Masjid Nabawi (50m)
6.Makanan ala melayu 3x sehari buffet
7.Air Zam Zam,beg galas,beg sandang,buku panduan umrah diberi percuma
8.Turut menyediakan khidmat tunjuk ajar umrah utk setiap kali melakukan ibadah umrah

CARA MEMOHON DAN PEMBAYARAN:
1.Lengkapkan borang (sila "click" pada borang Pakej Umrah dan cetak)
2.Membuat bayaran deposit ke akaun HARMONY EXCELLENCE TRAVEL & TOURS SDN BHD- MAYBANK - 5122 0481 5653
3.Fax borang dan slip deposit tunai / cek ke 03-4142 4926 atau poskan kepada alamat: 1A Jalan Wangsa Melawati 4,Wangsa Melawati,53300 Kuala Lumpur atau email ke azreen.m.nasir@gmail.com
4.Resit rasmi akan dikeluarkan oleh syarikatselepas saya dapat mengesan bayaran yang dilakukan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK VISA UMRAH:
1.Pasport yang sah laku 6 bulan sebelum tarikh penerbangan
2.4 keping gambar berukuran 4cmx6cm berlatar belakang putih,tidak boleh memakai songkok /serban bg lelaki,tudung bewarna cerah bg perempuan
3.Buku kesihatan / surat pengesahan mendapatkan suntikan meninggitis atau ACYW 135
4.3 x Salinan kad pengenalan dan surat kebenaran suami / anak yg berusia 18 tahun ke atas bg perempuan tanpa muhrim / tidak pergi bersama suami / kematian suami atau 3 x salinan sijil nikah bg yg pergi bersama suami
Borang Pakej Umrah(Sila klik dan cetak)