Hubungi saya:

AZREEN MOHD NASIR
H/P : 019-2237048
Fax: 03-4142 4926
EMAIL : azreen.m.nasir@gmail.com

Tuesday, November 3, 2009

AIR ZAM-ZAM



CAJ PERKHIDMATAN MEMBEKAL AIR ZAM-ZAM

10 LITER - RM 130.00
500ML (BOTOL MINERAL KECIL) - RM 10.00

DATANG SENDIRI KE 1A,JALAN WANGSA MELAWATI 4,WANGSA MELAWATI,53300 KUALA LUMPUR.

BAYARAN SECARA TUNAI SAHAJA

HUBUNGI 019-223 7048 AZREEN

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu). (Al -Ahqaf [46] : 15)

AIR ZAM-ZAM & KELEBIHANNYA

Air zamzam mujarab ikut niat peminum. Air zamzam dianggap air yang suci dan berkat. Ia mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Disebutkan dalam hadis Jabir bin Abdullah katanya “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.